Tuesday, 1 May 2012

Gediks Santai

   Baru-baru ni aku telah mendapat satu serangan asyik dan syahdu dari seorang mareka ni mai mana tak tahu lah dalam laman sosial terkemuka iaitu Twitter..Serangan ni boleh ditafsirkan sebagai satu cemuhan dan penghinaan la jugak keatas aku ni ha.. Boleh tahan jugak aku kena..


   Ceritanya bermula begini, beberapa hari yang lepas office aku ni ada la buat satu majlis pecah tanah untuk projek Bela Lampam Jawa.. lepas tu diorang ni jemput la beberapa staff lain untuk sesi jamuan yang boleh tahan lazat jugak.. Untuk pengetahuan anda, 4 pinggan nasik jugak aku bedal hari tuhh.. Pehh beselera dan bernafsu beteii aku pada hari tersebut tuan-tuan & puan-puan.... mana datang sifat tu pun aku tak pasti.. Baiklah, berbalik kepada cerita tadi, adala 3-4 orang perempuan datang tepat jam 1 petang untuk menjamah hidangan yang disediakan.. Aku pun tak berburuk sangka apalah.. rilek ja aku kekenyangan sambil online Twitter.. Selang beberapa minit (dalam 15 minit cenggitu la) aku tersentap .. terkejut dengan satu suara yang boleh tahan pontianak kena cabut paku jugak bunyiknya.. suara sekawan unta ketawa deraih nak mampuih baq hang.. "Apa yang lawak sangat sampai ketawa sedemikian rupa??" Bisik aku seorang diri sambil mencungkil gigi yang tak berapa semat sangat bila aku senyum..


   Sebenarnya aku malas la nak ambik port nak selidik dari mana datangnya bunyik2 tu.. Sebab aku tahu bunyik tu berasal dari beberapa orang "Wanita riang" yang datang tadi.. Sebenarnya aku lebih suka dengan gelaran "Perempuan Gedik" untuk mengklassifikasikan kategori diorang ni.. Tapi, haaa ni yang aku nak cerita ni..


  Bila dah asyik sangat menggedik dengan jantan- jantan berlagak macho kat office aku ni, aku mula naik rimas.. Ibarat ada orang menabur miang buluh dalam baju aku ni haa.. Tak senang duduk dan benci melihat telatah si gediks2 ni.. Tak payah nak cakap aku jeles laa.. Tak aku dapat Bugatti Veyron pun kalau aku bersikap sedemikian.. Cuba korang bayangkan, anak dah berkoyan-koyan, 3-4 orang anak sorang, kelaku Terhegeh-hegeh macam budak-budak dapat cikedih 6 kampit..  Tak logik dan tak masuk akal pun aku tengok.. Nak cerita bab makan dengan ikan lampam pun nak bertepuk tampar ka??  Gilo ni ada banyak kategori jugak rupanya.....


   Sebenarnya, antara sebab musabab aku naik muntah dengan depa ni kerana depa ni semua dah kahwin.. Kalau budak-budak tingkatan satu yang ubun-ubun baru nak keras tu aku tak kisah sangat.. Sebab jenis Ribenaberi ni kita paham.. Baru nak up.. Tak kenai mana penampaq mana penendang lagi.. Masih boleh diberikan pengecualian la kan.. Tapi yang dah kahwin beranak pinak ni pahal?? Nak jadi Attention Whore pun agak-agak la.. Dah la tak available, buruk dan tak boleh diusahakan lagi.. Jadi apa motif mereka ni semua..  Bewak betul la..


   Jadi oleh kerana aku sangat stress dan tak mampu nak ketip kuku guna gigi lagi, kerja pun dah tak boleh nak kosentrep, aku ambik keputusan..Aku nak  post la dalam Twitter.. Tengok pendapat orang ramai tentang permasalahan ini.. Mungkin ada yang sudi mendengar luahan aku dan boleh melontarkan sedikit sebanyak pandangan atau cadangan yang bernas dan boleh dibawa ke tengah.... Bunyik nya macam ni la lebih kurang.. " Dua benda boleh buat aku muntah ialah > Pompuan Gedik dan Pompuan gedik.."  Begitulah bunyinya...


  Selang beberapa second ada la sekor  minah ni post dekat timeline dia.. Terus maki-maki aku..Dan aku tahu dia memang tujukan kat aku.. Tanpa ada sebab yang manusabah.. Terkedu aku lantas terkesima.. Antara isu-isu yang dibangkit kan oleh minah tu cakap aku Laki tak guna, dayus, berpendidikan rendah tahap tadika je, mulut busuk, pisau cukur, hensem, tabah, dari jauh nampak macam Joni Depp dan pelbagai lagi laa yang aku nak cerita kat sini pun malulahh.. Dah la aku ni jenis pemalu dan sopan orangnya..Merah pipi aku kemaluan..  Budak ni  memang tak tahu bagi salam..  Kalau dalam perang tu memang langgar habis la Perjanjian-perjanjian pasca - Perang dunia ke II.. Terus-terusan dia attack aku.. Jadi selaku seorang brader rockers yang mempunyai Falsafah Perjuangan yang tinggi dan mempunyai Minda yang cerdas selepas makan kismis, aku cool..

 
  Soalan aku mudah je, ko tak puas hati pehal?? Terasa?? Butthurt??Aku peduli apa.. Aku cerita apa yang aku tengah hadapi je.. Tapi Tuan-tuan dan Puan-puan,(cilakak benci pulak nak taip Tuan-tuan dan Puan-puan  ni haa)budak - budak yang kalau jenis spenda dan pakaian dalam yang lain  pun mak beli lagi ni dia tak berapa nak boleh paham sangat istilah pompuan gedik ni.. Aku syak dia pun gedik jugak, kalau tak buat apa dia nak reply tweet maki hamun aku sampai naik 'hang' laptop dia kan.. kahkahkah.. bangang.. Daulat aku ni tahu.. Kalau kau nak bekup sangat kaum kau pun, biaq kena gaya la.. Jangan la pelacur kau nak samakan dengan Wanita solehah.. Kalau sikap yang baik aku akan pertahankan dan berkata baik lah.. Ini sekadar contoh sahaja.. Jangan kata aku samakan perempuan gedik dengan pelacur pulak..Perempuan pun banyak yang tak suka perempuan gedik.. Jadi aku rasa bukan kerana aku lelaki, aku nak menafikan hak perempuan gedik ni.. Perempuan lain pun menci tahu...Menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....Ini berdasarkan kepada mereka yang respon tweet aku tu.. Ada yang cakap nak baling selipar la, nak sumbat muka masuk mangkuk jamban dan arhhh, sebagai dan sewaktu denganya la.. Dan mereka semua berjantinakan perempuan.. Bukan jantan kebret..


   Setelah berhempas pulas aku menahan diri aku dari bertukar kepada Wolverine, aku juga cuba untuk menahan diri dari mengeluarkan perkataan yang berunsur binatang yang haram disentuh dan dimakan tu.. Ataupun alat sulit wanita yang hancur dimamah bohjan rempit untuk menunjukkan aku marah dengan dia..  Aku terus bertahan dan bertahan.. Kerana aku tahu budak ni belum pernah merasa hidup dalam peperangan dengan dunia dalam ertikata yang sebenar lagi.. Al-maklumlah, setudent.. Hidup nak mengabihkan duit PTPTN dan duit mak bapak saja..Jadi aku buat sedikit siasatan ala-ala Hackers..Aku copy la dia punya nama samaran, aku google.. Dapatlah sedikit maklumat berbentuk Info dalam Facebook..  Rupa-rupanya budak ni Student UiTM yang ambil course Art & Design.. Patut lah aku tengok kecik besau - kecik besau ..Aku pun perati Facebook dia lama- lama..Jadi sebab budak ni art yang deep sangat-sangat- sangat, sukalah aku nak menggunakan ayat-ayat cinta berunsurkan sarkastik dan futureristik sikit.. Biar dia berart dengan kubur kalau nak membela sangat kaum dia yang dah perangai macam orang sawan a.k.a tarik ketengkoi ni..


   Dah kena bertalu- talu ayat bangang aku tu, terus tak boleh jawab.. Dengan bangga cakap tak feel berperang dengan aku..Dan dia nak cari gaduh dengan orang lain la konon dengan aku ni tak sengit katanya lagi.. Sikap ni sesuai untuk orang yang tak ada senjata rahsia bila di ambang kemusnahan.. Nak cakap aku gila, sawan, bodo, tu budak-budak tadika punya standard la cik kak.. Aku ni memang kenkadang kawan-kawan pun tak boleh nak faham siku atau lutut aku yang terkandung otak kedua aku yang pintar semacam Core I7 punya processor.. Jadi untuk menyelamatkan diri yang dirundung kemaluan, dia terus unfollow aku.. Kahkahkah, dasar budak belum matang.. Dora The Explorer, Mangkaq.. Aku tak suka jenis ni.. Tak dak bahan tapi nak jugak jadi bahan..


  Jadi tujuan aku menulis ni bukan lah aku nak malukan sesapa.. Lagi pun aku tak letak pun nama dia.. Sekadar nak berkongsi dan menasihati mereka-mereka  yang dah kahwin tapi nak gediks2 tu, kau nak gediks kau gediks lahh.. bukan kau mintak duit nak beli lampin anak kau kat aku pun.. Tapi tolong la jangan depan aku.. Sebab aku rasa tak berbaloi aku muntah hijau dengan kelaku dan aksi hambar hangpa semua.. kalau kes keracunan makanan tu ok la jugak.. Boleh aku pi report kat kementerian Hasil mintak dia kurang kan cukai aku yang setengah juta tu sebab masuk wad..


  Akhirkata dari aku, ingat lah anak dan laki kat rumah yang tak habis-habis jaja bini baguih, kelaku tertib lentik.. Last-last hangpa semua perangai serupa jemuan.. kahkahkah..

*Projek ternak Ikan Lampam Jawa tu bukan projek sebenar.. Demi menjaga nama baik kampeni aku reja.. Mohon faham..

P/S-Aku harap Man City jadi player gedik sat lagi dan Man United baham depa 8-0.. Power


2 comments:

  1. ikan lampam depa kata kalau buat pekasam memang power

    ReplyDelete