Kaki Kelarah
Friday, 27 July 2012
Hepi besday to me
Hari ni besday aku.. Untuk menghormati bulan Romadhon, sambutan kali ini akan dibawa ke tahun hadapan.. sekian
Monday, 23 July 2012
Selamat berpuasa, beramal dan mengontrol napsu..
Entah mengapa aku secara tiba-tiba terasa seperti malas nak update blog ni.. Mungkin sebab tahun ni aku mahu meneruskan azam untuk berpuasa penuh sebulan tanpa ponteng macam dulu-dulu lagi... Mungkin sebab tu lahh aku syak aku malas.. Cuba anda bayangkan, jika aku guna tenaga aku yang tak seberapa ni untuk update blog, berkemungkinan tenaga aku untuk mengharungi puasa akan berkurangan.. secara tak langsung hal ini sedikit sebanyak akan mendorong aku untuk pergi ke kedai mamak nasik kandar untuk menapau nasik barang sebungkus dua dan teh ais yang melekat tu time-time orang tengah bang Asar.. Jadi elok aku stop dulu buat sementara ye dak???
Jadi, selamat berpuasa penuh tuan-tuan.. Yang puan-puan pulak takkan bulih puasa penuh kan?? Jadi aku tujukan kepada tuan-tuan jelah.. Gila apa punya alasan aku bagi ni.. kahkahkah.. Sekian..
Friday, 22 June 2012
Simbol Power...
Bersempena dengan perlawanan Suku Akhir Euro 2012 Di antara Germany dan Greece awal pagi nanti, aku dengan ini berharap agar Germany akan score sekurang-kurangnya 4 gol berbalas 0.. k tu saja...
POWER.............
Iklan Coca Cola yang ohhsemmm
Dulu aku pernah kerja dengan Coca-cola company.. Bagi aku, tak de company yang paling hebat dalam dunia ni melainkan Coca-cola sahaja.. Memang hebat .. Selain gaji yang lebat, staf juga menikmati pelbagai benefit dan keistimewaan.. Tak percaya korang boleh la apply dan alaminya sendiri.. Sebab musabab aku resign dari company yang hebat ni ialah kerana aku dah malas nak kerja di bawah pemantauan orang atasan yang bapak rasis gila.. Takut jugak kang tak pasal-pasal aku bunuh orang.. So baik aku berhenti..Tu ja, kalau tak sampai pencen aku kerja sini larrr...
Ok lah, aku bukan nak cakap pasal pengalaman kerja aku, cuma ni ha aku nak share satu iklan komersial dari coke yang bagi aku amat menyentuh perasaan sesiapa yang menengoknye.. (kalau korang tak de perasaan tu lain cerita).. Sangat sempurna bagi aku walaupun simple.. Jemput, click play kat bawah..
Tuesday, 19 June 2012
Tahukah anda?? Metrowwww
Tahukah anda, berapakah tempoh Serbegeth Singh a.k.a Shebby mewakili Malaysia dalam sukan bolosepak?? Mengikut laporan dari Surat Kabor cerita sex manjang MyMetro, Shebby telah mewakili negara selama 1817 tahun.. Bapak lama gila Shebby ni hidup.. Dan sekarang beliau baru berumur 43 tahun.. Bangang!!!!!
*Kesimpulan-awok tu orang surat kabo, jadi janganlah nak Typo sangat..berjuta rekyat Malaysia membacanya.. check dulu betui-betui sebelum post.. Blog kite ni tak pe la awokkkk.. Nak tulis Tamil pun tak de sapa nak komplennnnnn....
Why FAM Indog???? Whyyyy???
Baiklah, petang tadi heboh satu Malaya Website FAM telah digodam oleh sekumpulan belia 4B dari Indognesial. Serangan ini berlaku kerana ketidak puasan hati segelintir rakyat Indon yang mengatakan Malaysia mahu mengklaim Tarian Tor Tor dan Paluan Sembilan Gendang sebagai Warisan Negara. Ini sebenarnya telah disebut oleh seorang menteri, korang tau la sapa kan.. Korang tahu tak camna rupanya tarian Tor Tor ni? Ok watch this...
Tor Tor Tor.. Amenda yang best sangat pun tak tau la..
Beginilah rupanya website FAM petang tadi..
Ok sebenarnya apa yang aku hairan ialah, pehal budak-budak Indon ni pi hack website FAM.. pasai pa woiii pasai paaaaaaaaaaaaaa... Bagi aku serius tak ada kena mengena langsung.. Bukan Jidin atau orang FAM yang mengeluarkan kenyataan tu.. so apa point dia pun aku tak tahu.. Mungkin jugak perisai website FAM ni lemah macam pasukan bolonya .. sebab tu la mudah diorang hack.. ok yang ni logik..
Aku ni bukan nak salahkan sapa-sapa.. Tapi pak menteri ni pun tak yah la nak pulun sangat.. Semua nak buh sebagai Warisan Negara.. Indon ni pulak jenis mudah butthurt.. kalau bab tarian dan segala bapak depa nak kata hak depa punya.. Jadi aku sarankan ambik saja Tarian pole dance sebagai Warisan Negara, senang.. Tengok Indon nak melenting ke tak.. Kontroversi sana sini..
Friday, 15 June 2012
Cerita Dia
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasai sapa-sapa pun.. cuma aku just nak share satu lagu yang Wife aku ni layan sampai nak pecah kepala.. aku pun tumpang sekaki jugak la .. boleh tahan sedap jugak lagu ni.. 1st time dengar lagu ni, kami dok cari laa sapa yang menyanyi.. sebab lagu ni pun kami dengar dari X-FM.. X-Fm ni pun satu bala jugak, jenis putar lagu manjang tak ada DJ nak layan pendengar.. So aku pun main tembak la sapa yang nyanyi.. Last-last aku dengar lagu ni berkumandang dalam muzik-muzik.. so baru la tau yang lagu tu bertajuk Cerita Dia dari Drama Band feat Ramona Azween.. Ala yang top dengan lagu cerita Juvana brader botak berlakon tu.. Babak pertama tajuk dia kalau tak silap.. Ost drama tu laa..Kalau korang nak tau lebih lanjut cari sendiri la...
Lagu ni actually bukan taste aku, tapi sebab wife aku suka, otomatik aku pun akan suka.. Sehati sejiwa kot.. cheewahhhhh... So cakap banyak tak guna, enjoiceeeee...
*amboi model diaaaaa......
Subscribe to:
Posts (Atom)


