Monday, 23 July 2012

Selamat berpuasa, beramal dan mengontrol napsu..

 


     Entah mengapa aku secara tiba-tiba terasa seperti malas nak update blog ni.. Mungkin sebab tahun ni aku mahu meneruskan azam untuk berpuasa penuh sebulan tanpa ponteng macam dulu-dulu lagi... Mungkin sebab tu lahh aku syak aku malas.. Cuba anda bayangkan, jika aku guna tenaga aku yang tak seberapa ni untuk update blog, berkemungkinan tenaga aku untuk mengharungi puasa akan berkurangan.. secara tak langsung hal ini sedikit sebanyak akan mendorong aku untuk pergi ke kedai mamak nasik kandar untuk menapau nasik barang sebungkus dua dan teh ais yang melekat tu time-time orang tengah bang Asar..  Jadi elok aku stop dulu buat sementara ye dak???

Jadi, selamat berpuasa penuh tuan-tuan.. Yang puan-puan pulak takkan bulih puasa penuh kan??  Jadi aku tujukan kepada tuan-tuan jelah.. Gila apa punya alasan aku bagi ni.. kahkahkah.. Sekian..

No comments:

Post a Comment