Sunday, 29 January 2012

Penangan Kunyit

       Semalam, gua memang ada plan nak tengok bola kat luar... baru gua bangun dari tido, tuptup, bini gua ajk pegi beli barang keperluan dekat sebuah hypermarket yg gua tanak sebut nama kat sini.. gua pon on la.. gua tau malam ni gua miss lagi la nak tengok game...

       Dah setel membeli-belah semua, di ajak nya pulak gua lepak tepi laut berdekatan dengan hentian tol yang agak popular di sekitar Butterworth ni..nak makan2 sambil kena angin laut katanya.. gua pon tak kisah la sekali sekala kan...bukan selalu pon... setelah gua kaji, dah lama jugak gua tak bawak anak bini gua lepak-lepak..

       Setibanya gua kat situ, gua tengok ramai orang tengah lepak kat kedai makan satu ni.. gua pon hairan.. sedap sangat ka kedai tu????.." laku foodcourt r'n'r malam ni, mungkin malam minggu kot..." bisik gua dalam hati... rupa-rupanya yang ramai-ramai tu sedang menyaksikan pertandingan sepak bolo yang gua ingat dah habis...tak gua sangka, selain kedai mamak dan kedai yang ada pasang skrin besar, kedai makan kat r'n'r yang tv leper 21" ni pon pakat hurung penuh jugak..  gua pon apa lagi,tanpa berfikir panjang, gua sound terus la kat bini gua , "kita makan kat sini..." ujar gua dengan menggunakan kuasa veto.. bini gua pon memang tak banyak cakap dan membantah sangat kalau gua cakap sambil besarkan mata ni..gua tengok jam, game masih berbaki lebih kurang 10 minit lagi ni..


        "Minum apa bang", tanya waiter tu kat gua... "bagi barli ais la satu"... jawab gua sambil mata menjeling pada skrin tv je.."berapa dah bro???"...tanya gua pada waiter tu result semasa game.. "1 sama bang" jawab waiter tu excited.. mungkin brader ni fan Liverpool gua rasa... sebab gua tengok dia macam hepi je nak seri dengan MU..gua pun tak cakap banyak, gua layan je baki game yang ada..

         Tiba-tiba, minit ke 88', golllllllllllllllllllllllllllllllllll........ suasana hening waktu gua sampai bertukar menjadi ganas dan liar....Liverpool score jaringan si Kunyit.. "bleh tahan jugak ...kalah lagi la MU malam ni"..bisik gua sambil tangan menahan mulut anak gua dari menelan sudu ...hmmmmm... tiba-tiba, brader yang datang ambik order tadi meluru kearah gua, "fuhhhh.... abang mai gol teruih... memang luck abang la niii....hahaha... menang la kita malam ni abang... menangg..."jerit beliau kat gua sambil meletakkan air.." ya, ya..." balas gua sambil senyum kambing dan menjeling kearah bini gua. .... erkkkkkkk..... bila masa gua cakap gua ni Liverpool???gua perati sekeliling... baru gua sedar, yang ramai-ramai memerhati bola kat situ, semua fan Liverpool bai... siap ber mafla lagi...  gua pon macam biasa...sampai je makanan,gua lantak macam best je... buat macam seolah-olah gua ni tak minat bola langsung...kehkehkeh...


nak jadi supeman pulak dah kunyit niiiiii.....


        Gua tengok, fan Liverpool ni, kalau menang dengan MU, perghhh,, macam dah angkat cup dia punya spirit...dah setel game, banyak pulak ulasan dan sesi menceroikan MU berlangsung.. gua malas la nak ambik port sebab gua paham... biasala tu... menang dengan team power, mesti la bangga kan..setakat menang dengan team Angsa dan Derby tu apa yang nak dibanggakan sangat ye dak??? lagi-lagi dengan Chealsea & Arsenal ....Menang tak dipeduli, kalah tak bererti....



KUIKUIKUI.........
******************





Saturday, 28 January 2012

influence pt 1

( ACHTUNG: Waktu gua buat entri ni gua tengah pening...kalau gua ada mencarut atau apa yg abnormal mohon buat bodo sudah...)

          Gua mempunyai satu minat yang mendalam pada satu cabang seni ni iaitu Muzik...walaupon gua rasa gua banyak jugak terlibat dalam bidang dan cabang seni yg lain seperti teater dan lakonan, membaca puisi,melukis dan memukul orang, tp muzik la yang paling gua minat sekali... bagi gua muzik ni buat gua jadi pawer semacam ja bila gua ada problem, dilamun cinta, sakit, dan pelbagai lagi lah.. aktiviti2 seharian gua harus dipenuhi dengan muzik sebagai background hidup gua..selain gemar bermain muzik, gua mempunyai minat yang mendalam dalam menggubah lagu dan lirik.. walaupon lagu-lagu gua banyak tak pernah keluar radio dan menjadi juara lagu... sekadar untuk hiburan telinga gua dan member-member sahaja.. kadang-kadang gua praktis la kat studio membe gua dulu untuk buat recording.. tapi ntahla... sampi sekarang pon tak pernah jadi lagi... dah makan dekad dah... pendek kata, gua boleh hidup tanpa muzik, tp muzik tak tau la ....
       
         Mengikut dari cerita mak & abah gua, Arwah Atuk sebelah mak gua dulu seorang 'musician' yang agak hebat la dikalangan rakan-rakan beliau..selain boleh bermain biola dengan hebat, beliau juga boleh bermain gitar dan arcodian dengan baik sekali..setakat lagu-lagu koboi macam "High Chaparral" tu pejam mata ja Atuk gua henjut.. Beliau juga ada ramai anak murid yang sehingga kehari ini masih aktif bermain muzik..berkat dari didikan Arwah atuk gua la tu... dalam family gua pulak, tak de sorang pon yang follow bakat Atuk gua ni.. Atuk gua ada 5 orang anak.. mak gua sorang je pompuan, yang lain semua laki..bapak sedara gua pon semua memang tak minat main muzik, bukan atuk gua tak ajar kata mereka, tapi semua malas nak belajar.. (haishhh, kalau Atuk gua ada lagi memang gua akan jadi cucu kesayangan & best student dia la..tapi sayang gua tak sempat jumpa dia...) diorang lebih suka dengar Muzik dari main Muzik..Abah gua pulak, waktu zaman muda beliau, BEATLES ni memang makanan dia lahh.. gua penah tengok rambut abah gua dalam satu gambar yang dia simpan, ada iras-iras rambut John lennon jugak la..tapi abah gua penah cerita kat gua dulu yang dia pon pernah belajar main gitar, tapi kantoi tengah jalan sebab macam payah je nak main katanya..  dalam family gua, gua sorang ja yang minat bermain Muzik.. mak gua pon tak marah gua main muzik sebab dia tau darah seni bapak dia tu mengalir pulak kat anak dia.. cuma Arwah nenek gua ja yang larang gua main muzik... tu pon depan dia je la.. kalau main tempat lain dia tak kisah.. teringat kat Arwah Atuk gua katanya.. Fuhhh... tinggi sungguh cinta Nenek gua kat Atuk..walaupon waktu tu gua rasa dah 20 tahun dah atuk gua tinggal dia...sekarang damai lah mereka disana~~~~~~~~~

         Biar gua cite sket sejarah gua mengenal muzik ni.. dari umor gua 7 tahun gua dah mula mendengar muzik..dari se'mellow'2  nasyid , pop,balada, rock and roll ke heavy metal,  rock kangkang (ha yang ni keja bapak sedara gua), sampai la tahap paling bising tak tau nak cakap. grindcore..(pon keja bapak sedara gua & membe2 dia)..

        Cuba korang bayangkan, zaman gua membesar dulu, sekitar umor 8-10 tahun, kawan-kawan yang sebaya dengan gua waktu tu paling cikai pon, mesti tau dan  layan lagu Along,sebuah rancangan dimana maskot seekor  kucing kat Rtm 1 dulu yang petah berkata-kata bersama-sama 2-3 orang budak-budak ..ada la sidekick Along ni 2 ekor kucing lagi bernama Acik dan Angah..waktu tu Along ni agak popular la... sekali dengan lagu popular.. meh gua nyanyi sket kot korang lupa.. lagu tu camni, A.. L..O..N..G - ALONG(sebut laju2sebanyak 4 kali).. lebih kurang macam tu la bunik nye...Lagu tu la paling top dulu kat sekolah waktu gua sampai pagi-pagi mesti dengar punya 2-3 orang budak dok sing along.... maybe budak-budak yang lahir 90's tak tau  kot.. (pehhh, gua search video rancangan Along kat You Tube tak dak lahh... apa punya bala.. korang nak tengok cari sendiri laaa)

        Kalau yang up to date sikit mungkin layan lagu oh ibu, ~ kompolan Exist..ini pon disebabkan terpengaruh dengan kakak atau abang diorang yang tak penah jemu mengulangkaji subjek oh ibu dendangan kumpulan Exist ni.. gua tengok budak-budak yang layan Exist ni kebanyakkan nya pompuan laaa... siap tulis dalam buku lagi lirik lagu.. paling best lepas tulis lirik ada pula bunyik "MAMAT I LOVE YOU"... Sungguh gua tak boleh pergi...ada jugak zaman tu yang layan KRU, 4U2C, NICO dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama)...rappers wooo...pantang tak dak cikgu dalam kelas.. gua tengok rilek je diorang buat break dance.. paling terer buat break dance dalam kelas gua dulu ialah Chet Milah... perghhh... siap boleh buat ulat bulu ala Scotty To Hotty lagi tuuuu.... ada juga yang memilih untuk menjadi badan berkecuali untuk tidak meminati mana-mana artis....(geng baik la tu)  inilah yang menjadi trend dan ikutan budak-budak zaman gua dulu...

       Tapi gua waktu tu terpaksa dengar (bukan gua nak ok) METALLICA, AC/DC, DEEP PURPLE, BLACK SABBATH, MACHINE HEAD, DIO, KING DIAMOND (dan lain-lain lagi)..  gila apa??? sambil gua rasa apa yang gua dengar ni gua sendiri tak paham satu benda pon... perlu ka bila dewasa nanti kena dengar semua ni???( persoalan yang berlegar di fikiran gua waktu tu..).gua kan budak lagi, mana nak tau semua tu...  itu belum datang sorang Kawan pak cik gua yang bernama Rahman Kutey... Rahman Kutey ni gua nak cite sket, dia ni memang peminat tegar band-band Metal yang terkemuka laa..kalau nak story pasal muzik dan band metal memang gua cari dia  selain Arwah membe gua yang sekaki jugak dengan Rahman Kutey iaitu Pon...Rahman Kutey ni kalau dia datang umah nenek gua, memang gua rasa tak aman la... dia ni kalau dengar lagu, semua yang jenis tak ketahuan kepala ekoq kata Arwah Nenek gua dulu.. NAPALM DEATH, SEPULTURA, SLAYER,CROMOK dan macam-macam lagi lah band yang gua pon dah lupa nama band tersebut....Takat SEARCH & WINGS tu gua ok lagi laaa....Rahman ni kalau dia layan live band-band metal ni, tangan dia mesti nak buat drum angin... kalau 2 jam live yang dia tengok tu, 2 jam jugak la dia katok angin.. konon- konon dia tu drummer band tu la kan...biar gua cerita sket kenapa gua terpaksa dengar semua ni...dulu, waktu gua kecik-kecik,gua duduk dengan nenek gua... gua ni adik-bradik ramai... 9 orang semuanya.. jadi untuk dapatkan privacy, gua lebih banyak lepak kat umak nenek gua... rumah nenek gua ni dekat ja.. depan rumah mak gua je pon...sebenarnya bukan pe, gua malas nak baca buku... jadi lepas habis sekolah dan balik mengaji,, gua lepak umah nenek gua la... di rumah nenek gua pulak ramai kawan pakcik gua selalu datang..kira port la ni.. ini disebabkan Arwah nenek gua yang sporting...siap tuang air kopi lagi... kadang-kadang sampai nenek gua terpaksa keluar dari rumah sebab ramai sangat kawan-kawan pakcik gua datang...kalau Rahman Kutey datang bawak Video tape(waktu ni tak de CD & VCD lagi ye adik-adik..) rare yang baru dia beli, rumah nenek gua ni akan jadi berpuaka la jawabnya..nenek gua pon memang tak cakap banyak lagi, terus capai kain tudung, dan tak menoleh kebelakang lagi.. mau tak nye, sekali dia pasang Video tape konsert yang dibeli kat KL( sanggup turun KL bai semata-mata nak cari video tape favourite band dia), bergegar rumah nenek gua dengan sound system hi-fi(yang memang trend jugak waktu tu) pak cik gua yang baru beli tu..diorang ni kalau ada benda rare nak tunjuk kena pasang kuat- kuat sambil bagi ulasan tentang lagu & band tersebut secara memekik.. gua pon tak paham.. so mau tak mau, terpaksa la gua layan...

       Bila hari-hari gua asyik dengar diorang pasang lagu-lagu macam ni, gua secara tak langsung terpengaruh..kalau dulu diorang berkumpul dan layan lagu band-band kegemaran masing-masing, gua jadi tak tentu arah..menyampah gua.. balik-balik dengar lagu yang menjerit maki hamun apa tah gua pon tak paham sangat waktu tu... bagai nak keluar anak tekak ... satu hari, bila gua tak dengar diorang pasang, gua jadi pelik tau... macam ada benda yang tak kena.. gua kehairanan,' ish,apa yang tak kena dengan gua ni??? nak kata tak makan nasi, dah 2 pinggan gua balun, tido pon dah, apa yang tak kena??? ehhh,, hari ni tak de lagu keluar anak tekak ka???' bisik gua dalam hati...rupa-rupanya, gua dah jadi ketagih nak dengar lagu band-band  tu semua..jadi, gua pon apa lagi, gua selongkar la kaset-kaset pak cik gua tuu... pak cik gua ni pulak time tu belum balik keja lagi... gua pon cari punya cari, jumpa la satu kaset yang cover luar band tersebut boleh tahan jugak..tertera nama SEPULTURA-NATION....gua pon tak cakap banyak, gua pasang... track by track gua layan... semakin lama gua layan semakin masuk pulak... feel abeh laa.. gua pon try la buat skill Rahman main drum katok angin...hmmmmm, patut la Rahman tu sampai 2 jam buleh layan...tu cara dia ambik feel rupanya....lepas kejadian tu memang gua jadi peminat muzik secara rasmi laa....abeh semua band gua layan... last-last gua yang lebih-lebih dari diorang...

        Waktu gua meningkat usia remaja, lain pulak ceritanya.. waktu gua disekolah menegah,sekitar form 1-3, gua jumpa beberapa lagi genre muzik yang gua rasa sangat berbeza dari band-band yang Rahman kutey, pakcik gua dan gua sendiri layan..NIRVANA, PEARL JAM, MUDHONEY,SOUNDGARDEN, BUTTERFINGERS dan yang seagkatan denganya..GRUNGE,..ya..satu fenomena baru dari SEATTLE yang melanda Malaysia  wktu tu..gua pon rilek la kan..buat macam gua pon tau semua macam diorang jugak...gua selalu tengok budak-budak sekolah gua ni menguji pengetahuan masing-masing pasal muzik dan subculture pasal GRUNGE ni..gua malas la nak cite pasal pengetahuan muzik gua.. sebab gua dapati, gua ni terpesong teruk dari diorang..gua tengok diorang ada pegang satu buku yang gua tengok  buruk je pon.. macam potostat je gayanya..tapi gua malas nak tanya.. gua buat macam tak dak apa yang berlaku...gua tunggu peluang je.. ada can gua memang teringin sangat nak sambar dan baca isi kandungan buku tu..dan serius gua tak sangka.. diorang ni pon power gak dalam hal muzik ni.. gua ingat gua sorang je yang tahu selok belok pasal muzik atas ajaran Rahman kutey and the gang.....gua syak mesti diorang ni pon terpengaruh macam gua jugak..


Memandangkan gua rasa seperti ada gajah naik minyak dalam kepala, gua stop dulu la...

to be continued...

Tuesday, 24 January 2012

bahasa neraka

           tiba-tiba gua seperti terpanggil untuk menulis catatan ini berkenaan bahasa budak-budak remaja kebanyakkanya golongan budak sekolah yang gua dah lama perati guna bahasa ni untuk menulis didalam SMS, laman sosial dan mungkin juga ada yang menggunakan bahasa tersebut di sekolah barangkali... gua bukan nak tunjuk pandai atau menjadi pakar bahasa untuk menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia mencintai bahasa ibunda tercinta ini... tapi gua sebenarnya amat bengang dengan pengamal- pengamal bahasa ini khususnya golongan budak sekolah yang lidah Tuhan bagi normal elok tapi nak cakap macam lidah tu pendek... memang gua hangin la kalau jumpa bahasa ni dalam FB atau twitter... bukan apa, serius gua tak paham apa jadah yang dia orang cakap... rasa macam nak luku jaa.... ni gua ada sikit bahan... pakat-pakat tengok la reja dia orang ni...

                                       
                                                     ??????????????????????????????



    Neraka apakah ini??? gua syak ini pun adalah salah satu gerakan illuminati dan freemason... gila lah.. satu apa pon gua tak paham apa mesej yang cuba disampaikan.. gua tau kalao gua tanya budak-budak ni, mesti diorang akan cakap, "ahhh lntawk r tat titew owang, lo peal nawx bsinx2, wa adew pao duex mer lo kewh???? lo jlesh peal".... (tolong jangan  cakap camni kat gua ,, tak pasal-pasal tangan gua terbang laju-laju kat muka lu..)... gua bukan nak marah, gua pon biasa muda remaja dan hensem bergaya macam Di Caprio dan C. Ronaldo jugak dulu... tapi agak-agak la... ini dah jadi macam bahasa planet hapa tahhhh... bengong-bengong....


********


Sunday, 22 January 2012

kalau dah pawerrrrrrrrr......

inilah akibatnya kalau dah terlalu pawer.....



so terimalah hakikat ini kawan......

wey babi

melihat kepada tajuk catatan gua ni, jangan pulak awok- awok semua salah paham .... gua bukan nak maki orang ni, tapi gua dah lama perati dan buat kajian tentang orang-orang muda zaman sekarang (kadang-kadang gua pun terlibat jugak la dalam kegiatan ini... orang dewasa dan warga emas pon tersenarai jugak) iaitu bila time bengang atau bangang dengan perbuatan seseorang mesti ayat pertama yang terpacul dari mulut mereka ialah BBBB.AAAA ..... BA,,,,BBBB..IIII,,,, BI, BAAABIIIII...... Yaaa.... BABI.... naik angin ja BABI AIHHHHH,,,, HANG NI BABI LAAAAA,,,, WEYYYY,,,, PANGAI SOPA BABI,,,, BABI SUNGGUH HANG NII diselang seli dengan caci maki yang lain sama seperti nok haram, celaka, dan sebagainya....


k,,, gua kat sini bukanlah nak bagi nasihat atau memberi ceramah perdana atau apa... tp gua cuma nak pesan la kan, kalau lepas-lepas maki hamun cakap babi pa semua tu lu orang semua jangan lah minum COKE tau.. bahaya beb...pasai apa??? tak caya???  k, watch this.......








kesimpulannya kat sini, gua tanak lepas korang maki-maki babi lepas tu langah coke sebotoi, gua takut keluar cacing atau maggot plak kat mulut lu orang semua.... untuk mengelakkan hal ini berlaku,, wajarlah kiranya kita semua tukar plak lepas ni kalau time naik angin kita jangan cakap BABI lagi... tapi kita gunakan binatang-binatang lain yg belum dibuktikan lagi dagin binatang tersebut boleh wak keluaq maggot seperti biri-biri, lembu sapi, kerbau balaq (sapa tak kenal kerbau balaq google kat tok nenek anda ), atau kalau nak extreme sikit biawak gabok pon bolehhhhhhhhhhh.......







               pehal lu orang semua ni??? naik angin sikit nak sebut nama keluarga gua..
                                             ingat kita orang ni tak ada maruahkah???
                                             ni last warning gua kasik sama lu orang.....



Saturday, 21 January 2012

angka 19 yang pawerrrrrrr......

cuba kita pejam mata sejenak .... bayangkan kita adalah juara sebanyak 19 kali berturut - turut ... mesti kita rasa kita pawerrrr... kalau tak takkan boleh jadi juara... 19 kali diulang 19 yer... Arsengal2, hati kau keras.......

twitter

     sebenarnya, gua ni tak minat sangat nak twit-twit dalam twitter... gua dah lama ada account twitter cuma jarang sekali gua online... so tak ku paham sangat selok belok twitter ni... dah tu gua ada sorang ja follower.. jadi kalau gua online pon gua nk borak dengan sapa??? kalau dia online ok la.... kalau tak online, dok keraih tangtu sorang2 sapa suruh.....
   
tapi tadi sempat gak la gua sembang-sembang dengan member baik gua sedas... kesian dia account dia kena hack... so dia buat account baru gua terus follow laaaa.......










so tak payah cakap banyak-banyak kali laaa... beliau Lejen.....


LEJEN TERHEBAT

k..... bersempena dengan perasmian blog gua yang tersombong lagi bongkak dekad ini, gua nak bagi award la kat sesapa yang gua respek dan gua puji sebab ada sumbangan secara langsung atau tidak didalam gua membangunkan blog gua ni.... (ala, macam raja/sultan selalu buat bila hari keputeraan depa tuhhhhhh... bila agaknya gua nak dapat dato seri dari raja perlis.... hmmmmm) k, straight to the point, anugerah ni gua bagi sesuka hati gua yang membawa gelaran LEJEN.....tak pueh hati gua peduli apa.... gua punya suka laaaa.... kategori pulak, suka hati gua... juruaudit gua sendiri, so takkan ada masalah macam Yuna & AIM k.... sapa yang tak tercalon mohon jangan susah hati...... tunggu lepas mengundi kot gua rajin bg award lagi....tu pun mengkalau rajin laaaa..... ok lets jommmmmmmmm.........









1st award: Anugerah Lejen paling byk tlg gua waktu susah dan senang (adoiyai, jammed...camna gua bley     teterbit ayat ni neyhh......kehkehkeh.... tp crius gua banyak terhutang budi laaa kat beliau...)dan anugerah LEJEN yang pertama, Jatuh kepada my sister la MAJIAH SWIFT.... nama cannot go.....






                  " Taipla blogger.com then register pastu ikot lgkah lgkah"
    kata semangat dan bantuan dari beliau waktu gua mintak tunjuk ajar... kemut ilmu sgh...










k..2nd award: Anugerah LEJEN pembakau semangat gua untuk buat blog ialah,, tuan haji sahibul samahah usetat pong's pong... gara-gara selalu dok baca blog dialah buat gua tingin nak ada blog sendiri... beliau adalah yang terLEJEN dikalangan kami semua....









                          " Aku ni garang orangnya. Jangan suka sangat bergurau."
                                                              ujar beliau mantap... 













3rd Award: Anugerah LEJEN dok bagi gua tambah dosa semata-mata.... adoiiiiiii.... ish nk habaq nama pon segan..... hampa tengok kediri laa.... tak tau la bapa bakui dosa aku dok kata kat dia....













                   "dah lama i idam award ni.. tak sangka i tercalon.. ni i nak pesan, untuk berjaya, janganlah kita                     
                                                       tengok mata lawan"
                komen beliau selepas menerima anugerah LEJEN.. dengar kata, award tu dah 7 hari dia pakai tak buang2...














anugerah seterusnya.... Anugerah LEJEN gelak keraih perut... jatuh kepada, yanie izyanie... dia ni mau buleh gelak deret jatuh kerusi gulin2.... tag team yang baik....kehkehkeh.....




..





                                            " sorry tak dak mood tumit merekah ni... hantaq wakil buleh dak???"










anugerah yang ke, errrr brapa tah wey??? tak pa jalan teruih laaaaa..... beliau paling bangang dan amat gua gemar menulis tentang beliau..... LEJEN terbangang dan paling tertomos ialah Azwan Ali... MOHON MANGKIT SEMUA.......






  



                                                                                  KALI NI AKU KISAH WEIII......











Next, pengipas arsengal yang gua tak nak ingat sangat jasa dia kat gua.... tapi kadang-kadang gua keraih perut gak........ mohon perut.... LEJEN paling komen ayat tak power, MOHD KHAIRUL ANUAR a.k.a ANOD KATOD






              "apa kata hati?...apa yang hati mahu?perlu ikut kata hati             itu?wlau mungkin aku yg akan mati?..kerana ikut kata hati?..harap rasa ini akan terus MATI     -PADIA HANG NI WEY???? 










seterusnya, anugerah LEJEN hang kata pi la apa pon, aku buat tatau jaa..... haishhhh.... dia ni memang rilek pisang habih laaaa.... cool tahap rokok salem... inilah dia AMERRIZAL AMAR.....












                 Padia????rumah  tebakaq??? dan sat tidoq lu 5 minit... lex luuuuuuuuuuu..........













dan seroundboutnya, anugerah LEJEN bebai kuat tapi mengkalau tidoq bibiaq dia comey, jatuh kepada, CMN BLOOD a.k.a MAD NOQ.... try ajak naik reta tengok takdan 5 minit dengaq la dia dok bekarya....
kroihkroiihkroih....... mohon bantai.....







                                                       wey tamau  dok sini jom balik...... aku takuikkkkkkkkkkk.........
                                                      -merap kuat laaaaaaa................


















lagi, anugerah LEJEN segala bidang depa buleh, mau dan berkumpui, ee jadi tik ketahuan laaaaa..... tudia belia wanis geng jelempok mai dahhhhhhhhhh.... 







                                                          "apa tengok-tengok, sepak jadi gambaq..."










jadi dulu kot takat tu.... bagi banyak-banyak satgi dia tawaq....Sory la beteraboq sket... orang baru kan????

to be continued...........



.