( ACHTUNG: Waktu gua buat entri ni gua tengah pening...kalau gua ada mencarut atau apa yg abnormal mohon buat bodo sudah...)
Gua mempunyai satu minat yang mendalam pada satu cabang seni ni iaitu Muzik...walaupon gua rasa gua banyak jugak terlibat dalam bidang dan cabang seni yg lain seperti teater dan lakonan, membaca puisi,melukis dan memukul orang, tp muzik la yang paling gua minat sekali... bagi gua muzik ni buat gua jadi pawer semacam ja bila gua ada problem, dilamun cinta, sakit, dan pelbagai lagi lah.. aktiviti2 seharian gua harus dipenuhi dengan muzik sebagai background hidup gua..selain gemar bermain muzik, gua mempunyai minat yang mendalam dalam menggubah lagu dan lirik.. walaupon lagu-lagu gua banyak tak pernah keluar radio dan menjadi juara lagu... sekadar untuk hiburan telinga gua dan member-member sahaja.. kadang-kadang gua praktis la kat studio membe gua dulu untuk buat recording.. tapi ntahla... sampi sekarang pon tak pernah jadi lagi... dah makan dekad dah... pendek kata, gua boleh hidup tanpa muzik, tp muzik tak tau la ....
Mengikut dari cerita mak & abah gua, Arwah Atuk sebelah mak gua dulu seorang 'musician' yang agak hebat la dikalangan rakan-rakan beliau..selain boleh bermain biola dengan hebat, beliau juga boleh bermain gitar dan arcodian dengan baik sekali..setakat lagu-lagu koboi macam "High Chaparral" tu pejam mata ja Atuk gua henjut.. Beliau juga ada ramai anak murid yang sehingga kehari ini masih aktif bermain muzik..berkat dari didikan Arwah atuk gua la tu... dalam family gua pulak, tak de sorang pon yang follow bakat Atuk gua ni.. Atuk gua ada 5 orang anak.. mak gua sorang je pompuan, yang lain semua laki..bapak sedara gua pon semua memang tak minat main muzik, bukan atuk gua tak ajar kata mereka, tapi semua malas nak belajar.. (haishhh, kalau Atuk gua ada lagi memang gua akan jadi cucu kesayangan & best student dia la..tapi sayang gua tak sempat jumpa dia...) diorang lebih suka dengar Muzik dari main Muzik..Abah gua pulak, waktu zaman muda beliau, BEATLES ni memang makanan dia lahh.. gua penah tengok rambut abah gua dalam satu gambar yang dia simpan, ada iras-iras rambut John lennon jugak la..tapi abah gua penah cerita kat gua dulu yang dia pon pernah belajar main gitar, tapi kantoi tengah jalan sebab macam payah je nak main katanya.. dalam family gua, gua sorang ja yang minat bermain Muzik.. mak gua pon tak marah gua main muzik sebab dia tau darah seni bapak dia tu mengalir pulak kat anak dia.. cuma Arwah nenek gua ja yang larang gua main muzik... tu pon depan dia je la.. kalau main tempat lain dia tak kisah.. teringat kat Arwah Atuk gua katanya.. Fuhhh... tinggi sungguh cinta Nenek gua kat Atuk..walaupon waktu tu gua rasa dah 20 tahun dah atuk gua tinggal dia...sekarang damai lah mereka disana~~~~~~~~~
Biar gua cite sket sejarah gua mengenal muzik ni.. dari umor gua 7 tahun gua dah mula mendengar muzik..dari se'mellow'2 nasyid , pop,balada, rock and roll ke heavy metal, rock kangkang (ha yang ni keja bapak sedara gua), sampai la tahap paling bising tak tau nak cakap. grindcore..(pon keja bapak sedara gua & membe2 dia)..
Cuba korang bayangkan, zaman gua membesar dulu, sekitar umor 8-10 tahun, kawan-kawan yang sebaya dengan gua waktu tu paling cikai pon, mesti tau dan layan lagu Along,sebuah rancangan dimana maskot seekor kucing kat Rtm 1 dulu yang petah berkata-kata bersama-sama 2-3 orang budak-budak ..ada la sidekick Along ni 2 ekor kucing lagi bernama Acik dan Angah..waktu tu Along ni agak popular la... sekali dengan lagu popular.. meh gua nyanyi sket kot korang lupa.. lagu tu camni, A.. L..O..N..G - ALONG(sebut laju2sebanyak 4 kali).. lebih kurang macam tu la bunik nye...Lagu tu la paling top dulu kat sekolah waktu gua sampai pagi-pagi mesti dengar punya 2-3 orang budak dok sing along.... maybe budak-budak yang lahir 90's tak tau kot.. (pehhh, gua search video rancangan Along kat You Tube tak dak lahh... apa punya bala.. korang nak tengok cari sendiri laaa)
Kalau yang up to date sikit mungkin layan lagu oh ibu, ~ kompolan Exist..ini pon disebabkan terpengaruh dengan kakak atau abang diorang yang tak penah jemu mengulangkaji subjek oh ibu dendangan kumpulan Exist ni.. gua tengok budak-budak yang layan Exist ni kebanyakkan nya pompuan laaa... siap tulis dalam buku lagi lirik lagu.. paling best lepas tulis lirik ada pula bunyik "MAMAT I LOVE YOU"... Sungguh gua tak boleh pergi...ada jugak zaman tu yang layan KRU, 4U2C, NICO dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama)...rappers wooo...pantang tak dak cikgu dalam kelas.. gua tengok rilek je diorang buat break dance.. paling terer buat break dance dalam kelas gua dulu ialah Chet Milah... perghhh... siap boleh buat ulat bulu ala Scotty To Hotty lagi tuuuu.... ada juga yang memilih untuk menjadi badan berkecuali untuk tidak meminati mana-mana artis....(geng baik la tu) inilah yang menjadi trend dan ikutan budak-budak zaman gua dulu...
Tapi gua waktu tu terpaksa dengar (bukan gua nak ok) METALLICA, AC/DC, DEEP PURPLE, BLACK SABBATH, MACHINE HEAD, DIO, KING DIAMOND (dan lain-lain lagi).. gila apa??? sambil gua rasa apa yang gua dengar ni gua sendiri tak paham satu benda pon... perlu ka bila dewasa nanti kena dengar semua ni???( persoalan yang berlegar di fikiran gua waktu tu..).gua kan budak lagi, mana nak tau semua tu... itu belum datang sorang Kawan pak cik gua yang bernama Rahman Kutey... Rahman Kutey ni gua nak cite sket, dia ni memang peminat tegar band-band Metal yang terkemuka laa..kalau nak story pasal muzik dan band metal memang gua cari dia selain Arwah membe gua yang sekaki jugak dengan Rahman Kutey iaitu Pon...Rahman Kutey ni kalau dia datang umah nenek gua, memang gua rasa tak aman la... dia ni kalau dengar lagu, semua yang jenis tak ketahuan kepala ekoq kata Arwah Nenek gua dulu.. NAPALM DEATH, SEPULTURA, SLAYER,CROMOK dan macam-macam lagi lah band yang gua pon dah lupa nama band tersebut....Takat SEARCH & WINGS tu gua ok lagi laaa....Rahman ni kalau dia layan live band-band metal ni, tangan dia mesti nak buat drum angin... kalau 2 jam live yang dia tengok tu, 2 jam jugak la dia katok angin.. konon- konon dia tu drummer band tu la kan...biar gua cerita sket kenapa gua terpaksa dengar semua ni...dulu, waktu gua kecik-kecik,gua duduk dengan nenek gua... gua ni adik-bradik ramai... 9 orang semuanya.. jadi untuk dapatkan privacy, gua lebih banyak lepak kat umak nenek gua... rumah nenek gua ni dekat ja.. depan rumah mak gua je pon...sebenarnya bukan pe, gua malas nak baca buku... jadi lepas habis sekolah dan balik mengaji,, gua lepak umah nenek gua la... di rumah nenek gua pulak ramai kawan pakcik gua selalu datang..kira port la ni.. ini disebabkan Arwah nenek gua yang sporting...siap tuang air kopi lagi... kadang-kadang sampai nenek gua terpaksa keluar dari rumah sebab ramai sangat kawan-kawan pakcik gua datang...kalau Rahman Kutey datang bawak Video tape(waktu ni tak de CD & VCD lagi ye adik-adik..) rare yang baru dia beli, rumah nenek gua ni akan jadi berpuaka la jawabnya..nenek gua pon memang tak cakap banyak lagi, terus capai kain tudung, dan tak menoleh kebelakang lagi.. mau tak nye, sekali dia pasang Video tape konsert yang dibeli kat KL( sanggup turun KL bai semata-mata nak cari video tape favourite band dia), bergegar rumah nenek gua dengan sound system hi-fi(yang memang trend jugak waktu tu) pak cik gua yang baru beli tu..diorang ni kalau ada benda rare nak tunjuk kena pasang kuat- kuat sambil bagi ulasan tentang lagu & band tersebut secara memekik.. gua pon tak paham.. so mau tak mau, terpaksa la gua layan...
Bila hari-hari gua asyik dengar diorang pasang lagu-lagu macam ni, gua secara tak langsung terpengaruh..kalau dulu diorang berkumpul dan layan lagu band-band kegemaran masing-masing, gua jadi tak tentu arah..menyampah gua.. balik-balik dengar lagu yang menjerit maki hamun apa tah gua pon tak paham sangat waktu tu... bagai nak keluar anak tekak ... satu hari, bila gua tak dengar diorang pasang, gua jadi pelik tau... macam ada benda yang tak kena.. gua kehairanan,' ish,apa yang tak kena dengan gua ni??? nak kata tak makan nasi, dah 2 pinggan gua balun, tido pon dah, apa yang tak kena??? ehhh,, hari ni tak de lagu keluar anak tekak ka???' bisik gua dalam hati...rupa-rupanya, gua dah jadi ketagih nak dengar lagu band-band tu semua..jadi, gua pon apa lagi, gua selongkar la kaset-kaset pak cik gua tuu... pak cik gua ni pulak time tu belum balik keja lagi... gua pon cari punya cari, jumpa la satu kaset yang cover luar band tersebut boleh tahan jugak..tertera nama SEPULTURA-NATION....gua pon tak cakap banyak, gua pasang... track by track gua layan... semakin lama gua layan semakin masuk pulak... feel abeh laa.. gua pon try la buat skill Rahman main drum katok angin...hmmmmm, patut la Rahman tu sampai 2 jam buleh layan...tu cara dia ambik feel rupanya....lepas kejadian tu memang gua jadi peminat muzik secara rasmi laa....abeh semua band gua layan... last-last gua yang lebih-lebih dari diorang...
Waktu gua meningkat usia remaja, lain pulak ceritanya.. waktu gua disekolah menegah,sekitar form 1-3, gua jumpa beberapa lagi genre muzik yang gua rasa sangat berbeza dari band-band yang Rahman kutey, pakcik gua dan gua sendiri layan..NIRVANA, PEARL JAM, MUDHONEY,SOUNDGARDEN, BUTTERFINGERS dan yang seagkatan denganya..GRUNGE,..ya..satu fenomena baru dari SEATTLE yang melanda Malaysia wktu tu..gua pon rilek la kan..buat macam gua pon tau semua macam diorang jugak...gua selalu tengok budak-budak sekolah gua ni menguji pengetahuan masing-masing pasal muzik dan subculture pasal GRUNGE ni..gua malas la nak cite pasal pengetahuan muzik gua.. sebab gua dapati, gua ni terpesong teruk dari diorang..gua tengok diorang ada pegang satu buku yang gua tengok buruk je pon.. macam potostat je gayanya..tapi gua malas nak tanya.. gua buat macam tak dak apa yang berlaku...gua tunggu peluang je.. ada can gua memang teringin sangat nak sambar dan baca isi kandungan buku tu..dan serius gua tak sangka.. diorang ni pon power gak dalam hal muzik ni.. gua ingat gua sorang je yang tahu selok belok pasal muzik atas ajaran Rahman kutey and the gang.....gua syak mesti diorang ni pon terpengaruh macam gua jugak..
Memandangkan gua rasa seperti ada gajah naik minyak dalam kepala, gua stop dulu la...
to be continued...
No comments:
Post a Comment