http://kakikelarah.blogspot.com akan terus berkelarah tanpa ada satu pun iklan menjual ubat seks, perkhidmatan sewa kereta, kereta tolak tanpa nama dan lain-lain.. Aku akan cuba kekalkan .. Ini kerana aku kasihankan mereka-mereka yang mempunyai kelemahan meloading dan masalah internet lembab nak mampuihhh ketika membuka blog aku yang penuh dengan bahan-bahan ilmiah disamping untuk menunjukkan protes aku kepada golongan kapitalis sentot ni..
Tu pun ada jugak sorang dua tanya "awat tak letak iklan dalam belog hang??? Tiap-tiap bulan bulih dapat duit tahu?".." Hang nak duit kerja la.." Jawab aku kembang kempis-kembang kempis.. Ingat aku percaya semua janji syurga Nuffnang tu.. Kencing deraih tau dak??
Jadi dengan sikap acuh tak acuh, Aku mengucapkan Selamat Hari Hamba kepada Kapitalis untuk semua Rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada.. Gunakanlah hari cuti anda sebaik mungkin tanpa ada unsur judi dan riba ..
Aku kena kerja macam biasa.. Apalah sangat cuti, sekali-sekala kayakan la tokey kita sama... Jangan nak berkira sangat..
No comments:
Post a Comment